Seribu Kemaafan DipintaLaman web ini sedang diselenggara. Mohon maaf atas kesulitan. Para pelawat yang budiman bolehlah membaca sedikit sebanyak tentang Kelab Remaja JIM di bawah. Juga untuk makluman pada masa hadapan, semua para pelawat (abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, pakcik-makcik, dan guru-guru) dijemput untuk bookmark laman web ini. Hanya perlu drag-and-drop link berikut di bookmarks toolbar anda. Drag dan drop ini: Kelab Remaja JIM Kelab Remaja JIMMenu:
SEJARAH PENUBUHAN - ke atas Remaja telah menjadi bidang fokus Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sejak sesi 1993-1995. Ketika itu gejala sosial dikalangan remaja Malaysia belum begitu mendapat perhatian media, sedangkan program kearah mencari penyelesaian sedang rancak diusahakan oleh pihak JIM. Justeru itu Kelab Remaja JIM ditubuhkan pada tahun 1993 dan mempunyai cawangan di setiap negeri. Bagi memantapkan lagi pengurusan KRJ, Jawatankuasa Pembangunan Remaja (JKPR) JIM telah diwujudkan pada sesi 1997-1999. RASIONAL PENUBUHAN - ke atas Pembinaan remaja yang berakhlak tinggi, bertaqwa, soleh wa musleh adalah satu usaha yang perlu diberikan tumpuan secara tersusun di kalangan organisasi yang berkaitan dengan remaja di negara kita walaupun falsafah pengendalian remaja menekankan pemulihan sosial, pembinaan minda dan kepimpinan. Perlaksanaannya masih menghadapi pelbagai kekurangan terutamanya dalam aspek amali. Suasana program dari segi mematuhi syariat islam serta pembawakan para pengendali dan fasilitator remaja. Dalam konteks ini, JIM perlu memainkan peranan untuk mengisi ruang tersebut. Matlamat yang jelas, akhlak fasilitator dan keselarian di antara praktikal program dan matlamat murni adalah sesuatu yang perlu diungguli oleh Kelab Remaja JIM. MISI - ke atas Membentuk remaja yang menghayati islam secara menyeluruh, bertaqwa, soleh wa musleh, berwawasan dan berkepentingan tinggi melalui bimbinan yang komprehensif, seimbang dan berterusan. OBJEKTIF UMUM - ke atas
POLISI - ke atas Pendidikan dan bimbingan remaja yang berterusan melalui penghayatan konsep ketaqwaan melalui teladan sambil meletakkan kesederhanaan dan disiplin pada tempatnya. MOTTO - ke atas Ke Arah Remaja Soleh Wa Musleh |